Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebentar tadi memaklumkan bahwa telah berlakunya gangguan bekalan elektrik  di sekitar kawasan Klang, Selangor.

Menurut TNB, gangguan itu disebabkan oleh telah berlakunya kebakaran kabel di Pencawang Pembahagi Utama (PPU) Puncak Alam.

Berikut adalah senarai kawasan yang terkesan dengan gangguan elektrik akibat  daripada insiden kebakaran tersebut:
1. Bandar Puncak Alam
2. Taman Alam Sutera
3. Taman Alam Suria
4. Kampung Bukit Hijau
5. Kampung Bukit Cerakah
6. Bandar Hillpark
7. Astana Alam 2
8. Sebahagian kecil Kuala Selangor
Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang makluman kemas kini kawasan terjejas yang sudah kembali menerima bekalan elektrik oleh TNB.
Tetapi pihak TNB memaklumkan bahawa pasukan teknikal mereka sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaikpulih bagi menyambungkan semula bekalan elektrik dengan segera kepada semua pelanggan mereka yang terjejas.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pengguna terjejas boleh terus menghubungi pihak TNB Careline