Sebelum ini telah dilaporkan tentang perang pasaran antara cip Intel dan AMD yang kini dikhabarkan dikuasai oleh AMD.

Walaubagaimanapun, hasil kaji selidik yang dijalankan oleh platfom permainan video STEAM pula mendapati, pemain-pemain permainan komuter lebih memilih cip Intel berbanding AMD.

Menurut STEAM, Intel masih kekal menjadi pilihan pemain permainan komputer dengan penguasaan sebanyak 71.58% berbanding AMD yang hanya 28.41% sahaja.

Tidak sekadar kekal menjadi pilihan pemain, Intel juga dilihat meningkatkan penguasaan mereka sebanyak 1.72%.

Manakala AMD pula sebaliknya di mana penguasaan mereka menurun sebanyak -1.72%.

Sungguhpun begitu, AMD telah berjaya melepasi sasaran mereka iaitu untuk melepasi pasaran sebanyak 30% dalam tahun ini.

Walau apa pun, harga dan keupayaan kuasa cip pemprosesan yang ditawarkan adalah antara faktor penting dalam pemilihan sesebuah cip.

Pemain permainan komputer pastinya mahukan sebuah cip pemprosesan  berprestasi tinggi dan terbaik serta berbaloi untuk digunakan pada komputer mereka.

Jadi, keadaan ini boleh menjadi sebaliknya pada masa akan datang dengan melihat kepada persaingan sengit pasaran cip pemprosesan yang tidak menentu ketika ini.

Sumber: STEAM, TechRadar

Baca juga: AMD Kini Mengambil Alih Penguasaan Pasaran Cip Pemprosesan Dari Intel