Selain daripada Dishonored – Definitive Edition, Epic Games turut memberikan satu lagi judul permainan secara percuma.
Judul permainan itu adalah Eximius: Seize the Frontline yang berharga RM51 tetapi kini boleh dimuat turun secara percuma sehingga 6 Januari 2023.
Permainan ini menampilkan pengalaman berbilang pemain 5 lawan 5 yang sengit dengan setiap pasukan terdiri daripada 4 Pegawai Skuad dan seorang Komander.
Walaupun game ini menerima ulasan yang tidak begitu memberangsangkan iaitu hanya 17% sahaja mencadangkannya, tetapi tidak salah untuk mencuba memainkannya secara percuma.
Eximius: Seize the Frontline dibangun dan diterbitkan oleh Ammobox Studios dan diberi secara percuma untuk platform Windows.
Berikut adalah spesifikasi komputer yang diperlukan bagi memainkan permainan ini:-
{suggest}