Untuk masa terhad, Epic Game sedang menawarkan game berjudul Breathedge yang berharga RM59 secara percuma.
Game ini boleh dimuat turun secara percuma untuk platform Windows sehingga 4 Mei 2023 jam 11.00 malam.
Breathedge menerima undian populariti dari para pemain sebanyak 4.5 bintang.
Game berbentuk pengembaraan angkasa yang penuh misteri ini menghiburkan di mana anda bersama-sama dengan ayam abadi anda, perlu mencari jawapan kebenaran di sebalik kemalangan kapal angkasa anda yang secara tiba-tiba meletup dan hancur.
Berikut adalah spesifikasi komputer yang diperlukan bagi memainkan game Breathedge:-
Breathedge boleh dimuat turun terus dari laman muka rasmi game tersebut di stor Epic Games.
{suggest}