Permainan klasik dan ikonik Pac-man oleh Nintendo mempunyai ramai peminat tidak kira usia kerana cara permainan yang mudah dan bersahaja. Semalam, Nintendo lancar permainan terbaru Pac-man 99 bergenre Battle Royale untuk Nintendo Switch.
Seperti sedia maklum, permainan Battle Royale lain memerlukan pemain untuk bertahan sehingga menjadi pemenang tunggal didalam peta yang sama. Untuk Pac-man 99, pemain perlu menjadi Pac-man yang terakhir diantara 99 Pac-man lain dengan bermain didalam maze Pac-man masing-masing.
PAC-MAN™ is back in a new 99-PAC-MAN battle royale! PAC-MAN™ 99 goes live 4/7 at 6 PM PST, exclusively for #NintendoSwitchOnline members! #PACMAN99
🟡🟡🟡 https://t.co/mnzEYXJnBl pic.twitter.com/1qOsEEvbHD
— Nintendo of America (@NintendoAmerica) April 7, 2021
Selain itu, Pac-man 99 juga mempunyai ciri seperti permainanan Tetris 99 dan Super Mario 35 yang mempunyai sistem power up. Sistem ini boleh memberi keupayaan kepada Pac-man untuk menyerang atau bertahan dari pemain Pac-man lain.
Ini bukanlah permainan Pac-man bergenre Battle Royale yang pertama oleh Nintendo. Pada tahun 2011, terdapat sebuah permainan bertajuk ‘Pac-man Battle Royale’ didalam siri ke-17 permainan arked Pac-man.
Permainan Pac-man 99 ini boleh didapati di Nintendo eShop dan boleh didapati secara percuma kepada ahli eksklusif Nintendo Online.
Sumber: digitaltrends