Masalah ketagihan bermainan permainan video (video game) bukan berlaku di negara kita sahaja tetapi juga di mana-mana negara sekali pun.

Jika sebelum ini Tencent mengemukakan cara mengatasi masalah ketagihan bermain game di China, kini negara tembok besar tersebut akhirnya memperketatkan lagi peraturan bermain game.

Menurut laporan, kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun dihadkan masa bermain hanya tiga jam sahaja dalam masa satu minggu, iaitu dari jam 8 malam hingga 9 malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, termasuk cuti umum.

Bagi merealisasikannya, ia bukanlah tugas ibu bapa semata-mata. Namun, syarikat permainan seperti Tencent dan NetEase perlu memastikan permainan mereka mempunyai pengesahan identiti sebenar. Mirip yang dilakukan Tencent baru-baru ini.

Terdahulu, peraturan di China sebelum ini membenarkan kanak-kanak bawah umur untuk bermain selama 1.5 jam pada hari biasa dan 3 jam pada hari cuti.

Selain masalah ketagihan, peraturan yang sudah bermula hari ini juga adalah langkah untuk memastikan kanak-kanak membesar dengan lebih baik memandangkan mereka merupakan individu yang akan memimpin negara pada masa hadapan.

Sumber: xinhua, reuters

Baca juga: