Permainan video anime terkenal My Hero Academia yang dilancarkan di Jepun tahun lalu akan dilancarkan secara global tidak lama lagi.

Selepas pelancaran di Jepun pada Disember tahun lepas, Funimation dan Sony Pictures Entertainment (SPT) Games mengumumkan pelancaran global suku tahun ini.

My Hero Academia: The Strongest Hero merupakan permainan mudah alih aksi dunia terbuka (open-world) RPG dengan kempen penceritaan anime tersebut.

Pemain boleh membentuk kumpulan sendiri untuk menentang watak penjahat dalam anime tersebut seperti Shigaraki dan raksasa Nomu.

Selain itu, permainan ini juga ada mod PvP serta mod co-op Allied Assault yang membolehkan pemain berlawan sesama sendiri.

Tambahan lagi, pemain juga boleh menikmati acara, detik, dan suara pelakon asal yang sama dari siri anime tersebut.

Permainan video ini boleh di dapati di peranti iOS dan Android.

Sumber: IGN