Penganalis industri gaming Newzoo kini melaporkan bahawa telefon pintar telah mengambil alih sebanyak 52% pasaran gaming, yang membawa kepada pendapatan sebanyak $93 billion untuk tahun 2021.
Jumlah ini adalah sangat besar memandangkan ia berjaya mengaut separuh perkongsian dari keseluruhan pasaran gaming berbanding PC dengan 20% dan konsol pada 28%.
Segmen telefon pintar juga mengalami kenaikan positif pada 7.3% setahun sementara PC dan konsol pula mengalami penurunan negatif.
Melihat lebih dekat, pendapatan permainan terbanyak datangnya dari syarikat dari China dengan jumlah $31.8 bilion diikuti oleh Amerika Syarikat ($15.1 bilion) dan Jepun ($13.7 bilion).
Kenaikan perkongsian pasaran telefon pintar ini adalah seiring dengan populariti penggunaan telefon pintar terutamanya Android yang semakin berkembang.
Dengan pertumbuhan pengguna telefon pintar dijangka sebanyak 7 bilion pada tahun 2024, sudah tentu jumlah pendapatan dan juga perkongsian pasaran telefon pintar akan terus bertambah.
Sumber: Newzoo
Baca juga:
- Pelancaran Global Semakin Hampir, Apex Legends Mobile Akan Tiba Di Malaysia
- Ini Jenama Yang Pegang Pasaran Telefon Pintar Pada Tahun 2021
- Malaysia Antara 58 Negara Yang Telah Mula Menggunakan Teknologi Rangkaian 5G