Minggu lepas Huawei mengumumkan HarmonyOS akan diperkenalkan secara umum dalam satu persidangan atas talian pada 2 Jun ini.

Semalam, gambaran awal sistem operasi terbaru itu diperlihat pada peranti jam pintar terbaru Huawei Watch 3 yang tersebar di internet.

Berdasarkan gambar yang dikongsi ITHome, HarmonyOS tidak mempunyai banyak perbezaan dengan sistem operasi LiteOS yang tersedia pada jam pintar Huawei.

Namun, ia membuka ruang kepada akses aplikasi yang lebih banyak seperti aplikasi permesejan WeChat yang tertera pada gambar.

Baca juga – Bukan Huawei, Leica Mungkin Akan Kerjasama Dengan Xiaomi

Selain itu, gambar yang dikongsi turut menunjukkan Huawei Watch 3 didatangkan dengan tali berkulit dan pengecasan tanpa wayar. Jam pintar terbaru ini juga menyokong pemantauan tekanan darah dan jantung, serta ECG.

Kepada yang berminat untuk ketahui mengenai HarmonyOS dan peranti terbaru Huawei, nantikan persidangan atas talian esok (2 Jun 2021).

Sumber: IT Home