Sebelum ini, spesifikasi, warna dan rekaan bagi siri Samsung Galaxy S21 telah pun didedahkan. Terbaru, gambar bagi peranti andalan Samsung kini tertiris.
Seorang YouTuber bernama Sakitech telah berkongsi gambar peranti tersebut melalui akaun twitter beliau. Berdasarkan gambar tersebut, ia memperlihatkan varian Ultra dan Plus.
Here is the the real world photo of the Galaxy S21 Ultra and S21 Plus, side by side.
Watch full youtube video here for more details: https://t.co/AYC9OKrxnQ pic.twitter.com/SLp61Wce64
— sakitech (@sakitechonline) December 7, 2020
Menurutnya lagi, Galaxy S21 Ultra hadir dengan kuad-kamera iaitu 108MP kamera utama, 12MP ultra-lebar, 10MP kamera periskop dengan 10X zum serta kamera 10MP telefoto dengan 3X zum optikal.
Tambahan lagi, Ice Universe juga menegaskan bahawa tetapan kamera yang didedahkan itu adalah tepat termasuk modul dengan LaserAF, LED dan mikrofon.
This is the real camera parameter of Galaxy S21 Ultra, the only thing that is incorrect is that 5X is changed to 10X pic.twitter.com/IoaOB3eQdA
— Ice universe (@UniverseIce) December 7, 2020
Sementara varian S21 Plus tampil dengan kamera utama 12MP, ultra-lebar 12MP dan telefoto 64MP. Selain itu, varian standard S21 juga dikatakan mempunyai ciri yang sama dengan varian Plus.
Bagi spesifikasi dalaman peranti ini, ia sudah didedahkan pada bulan lepas melalui Android Police dimana ia dijana cip Snapdragon 888 atau Exynos 2100.
Siri Samsung Galaxy S21 ini akan dilancarkan pada 14 Januari 2021. Semua perkara berkaitan peranti ini telah didedahkan dan sekarang hanya perlu menunggu sama ada ia tepat atau pun tidak.
Sumber: Sakitech, Ice Universe via