Setelah sebulan selepas pertama kali didedahkan, OnePlus 9 kini sudah tertiris dengan memperlihatkan rekaan serta spesifikasi peranti ini.

Berdasarkan gambar yang tertiris, hampir kesemua spesifikasi peranti ini didedahkan. Secara keseluruhan, OnePlus 9 hadir dengan 3 lensa pada bahagian belakang dimana 2 lensa besar bersama 1 lensa kecil sementara OnePlus 8T dilengkapi 3 lensa.

Bagi spesifikasi OnePlus 9, ia dilengkapi paparan skrin bersaiz 6.55 inci, kadar segar semula 120Hz serta beresolusi 2400×1080 FHD+ dan nisbah skrin adalah 20:9.

Terbina didalamnya cip pemproses baharu Snapdragon 888 yang dipadankan dengan RAM 8GB, storan dalaman sebesar 128GB dengan tiada slot kad mikroSD dan Android 11.

Namun, laporan daripada PhoneArena tidak dapat mengesahkan spesifikasi secara terperinci berkaitan kamera pada peranti ini tetapi mereka mendakwa ia dilengkapi lensa 48MP dan 16MP.

Tambahan lagi, OnePlus 9 turut akan hadir dengan varian “Pro” dimana akan menggunakan resolusi QHD+, paparan 120Hz, Snapdragon 888 dan dikatakan menerima penarafan kalis debu dan air IP68.

OnePlus 9 dijangka akan dilancarkan seawal tahun hadapan pada bulan Mac 2021 yang mungkin didatangkan dengan 3 varian – SE, standard dan Pro.

Sumber: Phone Arena