Samsung bukan sahaja dikenali dengan teknologi paparannya, tetapi juga melalui peranti boleh lipat mereka seperti Galaxy Z Flip dan Galaxy Z Fold.

Sebelum ini, kami pernah melaporkan yang mana peranti boleh lipat baharu Samsung bakal dilancarkan tahun ini.

Baca juga – Peranti Boleh Gulung Samsung Bakal Menjadi Realiti

Kini, Roland Quandt mengatakan bahawa Samsung telah memulakan pembangunan Galaxy Z Fold3. Ini bermakna, pelancarannya nampaknya semakin hampir.

Berdasarkan spekulasi, telefon tersebut akan dimuatkan dengan spesifikasi andalan. Malah, berkemungkinan besar ia tampil dengan kamera di bawah skrin yang mana pertama dari Samsung.

Baca juga – Telefon Samsung Pertama Dengan Kamera Bawah Skrin Dijangka Tiba Tahun Ini

Selain itu, telefon ini dijangka akan diperkenalkan bersama-sama Galaxy Z Flip pada bulan hadapan.

Sumber: Roland Quandt