Samsung Galaxy Z Fold3 dan Flip3 5G telah pun dilancarkan bulan lalu. Kedua-dua model telefon pintar boleh lipat terbaru ini menggunakan cip pemprosesan yang sama iaitu Snapdragon 888 5nm 64-bit Octa-Core berkelajuan maksimum 2.84GHz dengan capaian 5G.

Selain rekaan yang menarik serta dilengkapi dengan perkakasan yang berkuasa, Galaxy Z Fold3 dan Flip3 5G juga dimuatkan dengan sala satu ciri menarik yang tiada pada kebanyakkan model telefon pintar Android iaitu ciri yang dapat memanjangkan hayat bateri.

Ciri tersebut dikenali sebagai ‘Protect battery’.

Apabila tetapan ciri ini diaktifkan, ia akan memberhentikan bateri peranti dari terus dicas penuh sehingga 100%. Sebaliknya pengecasan akan berhenti apabila kapasiti bateri penuh setakat 85% sahaja.

Tetapan Protect battery boleh ditemui di bahagian Settings > Device Care > Battery > More battery settings. Kredit: SamMobile

Ciri ini bukanlah asing kepada telefon pintar Android kerana Google telah pun perkenalkan ia pada telefon pintar Pixel mereka. Cuma ia antara ciri baru yang diperkenalkan Samsung untuk telefon pintar Galaxy terbaru ini.

Tidak dipastikan sama ada adakah ciri Protect battery ini akan turut ditawarkan kepada barisan model terbaru Galaxy menerusi kemas kini One UI pada masa akan datang.

Sumber: SamMobile