Pada minggu lalu Samsung telah pun melancarkan model terbaru telefon lpintar boleh lipat mereka iaitu Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G.

Turut dilancarkan adalah model terbaru jam pintar Galaxy Watch4 Classic dan Galaxy Watch4.

Tidak menunggu lama untuk memenuhi keterujaan para peminat peranti pintar tempatan, Samsung Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G sudah boleh dipra tempah pengguna bermula dari 19 Ogos hingga 21 September 2021 ini.

Menerusi pra tempahan itu, Samsung menawarkan hadiah eksklusif pelan 1 tahun Samsung Care+ yang bernilai RM799.00 serta e-baucar bernilai RM850.00 dengan pembelian Galaxy Z Fold3 5G yang berharga RM6,699.00 (varian 256GB dan RM7,099.00 (varian 512GB).

Manakala bagi model Galaxy Z Flip3 5G yang berharga RM3,999.00 (varian128GB) dan RM4,199.00 (varian256GB) pula, anda layak menerima hadiah eksklusif pelan 1 tahun Samsung Care+ yang bernilai RM699.00 serta e-baucar bernilai RM600.00

Selain itu, pra tempahan ke atas jam pintar Galaxy Watch4 Classic dan Galaxy Watch4 juga sudah dibuka. Samsung turut menawarkan hadiah eksklusif kepada mereka yang membuat tempahan awal ke atas jam pintar terbaru ini.

Untuk Galaxy Watch4 Classic yang berharga RM1,399.00 (varian Bluetooth, 46mm) dan RM1,299 (varian Bluetooth, 42mm), anda akan menerima e-baucar bernilai RM250.00.

Sementara untuk model Galaxy Watch4 yang berharga RM999.00 (varian Bluetooth, 44mm) dan RM899.00 (varian Bluetooth, 40mm) pula, anda akan menerima e-baucar bernilai RM150.00.

Pra tempahan peranti-peranti Galaxy terbaru ini boleh dibuat menerusi laman rasmi Samsung Malaysia, Lazada dan Shopee.

Beli Galaxy Z Fold3 5G 256GB di Shopee - https://invol.co/cl5n7n7
Beli Galaxy Z Fold3 5G 512GB di Shopee - https://invol.co/cl5n7ou

Beli Galaxy Z Flip3 5G 128GB di Shopee - https://invol.co/cl5n7ql
Beli Galaxy Z Flip3 5G 256GB di Shopee - https://invol.co/cl5n7r9

Beli Galaxy Watch4 Classic 42mm di Shopee - https://invol.co/cl5n7sx

Beli Galaxy Watch4 40mm di Shopee - https://invol.co/cl5n7u3
Beli Galaxy Watch4 44mm di Shopee - https://invol.co/cl5n7ue