Sebelum ini, kami telah melaporkan dimana Samsung mahu beralih daripada Tizen OS kepada Wear OS untuk jam tangan pintar mereka.

Terbaharu, Max Weinbach mendedahkan bahawa beliau menjumpai kod berkaitan sistem operasi berkaitan Galaxy Watch yang dijangka tiba tahun ini.

Dengan ini, ia menguatkan lagi khabar angin Wear OS bakal digunapakai pada Galaxy Watch akan datang.

Tambahan lagi, Samsung turut mungkin memperkenalkan Galaxy Watch 4 dan Galaxy Watch Active 4 tidak lama lagi.

Kedua-duanya dijangka tampil dengan dua varian, iaitu Bluetooth dan selular. Masing-masing akan hadir dengan 41mm dan 45mm serta 40mm dan 44mm.

Dalam pada itu, Galaxy Buds 2 juga mungkin akan dilancarkan kelak memandangkan beliau turut mengesan kod berkaitannya di dalam aplikasi Galaxy Wearable.

Sumber: @MaxWinebach via sammobile

Boleh beli Samsung Galaxy Watch 3 melalui
Lazada
https://t.productlink.io/a14283j​
Shopee
https://t.productlink.io/a14283i