Pada awal bulan ini, kita telah menerima berita tentang pelancaran Galaxy SmartTag 2 secara global tetapi sekarang ia telah tersedia di pasaran Malaysia.
SmartTag 2 ini dilengkapi dengan Bluetooth 5.3 dan sokongan ultra-wideband (UWB) untuk telefon pintar Galaxy terpilih. Gajet ini juga mempunyai jarak sambungan sejauh 120 meter.
Dengan kebolehan untuk menjejak sambil menunjuk jarak dan arah penjejak di telefon pintar, gajet ini hadir bersama Mod Hilang yang mempunyai peranti berdaya NFC untuk melihat maklumat hubungan dan mesej anda.
Ketahanan bateri untuk tag ini ditingkatkan kepada 500 hari penggunaan secara berterusan dan 700 hari apabila berada dalam mod penjimatan kuasa. Bateri yang digunakan ialah bateri CR2032 yang boleh diganti.
Selain itu, SmartTag 2 ini juga mempunyai butang untuk mengawal peranti IoT yang berdaftar dengan SmartThings dan penarafan kalis debu dan air IP57.
Anda boleh dapatkan Galaxy SmartTag 2 ini dalam dua warna iaitu hitam dan putih dengan harga RM149 di laman web rasmi Samsung Malaysia. Sarung tahan lasak dijual berasingan dengan harga RM59.
Beli peranti Samsung di:
Shopee – https://invl.io/cljqr6y
Lazada – https://invol.co/cljqr6h
{suggest}
Sumber: Samsung