Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Galaxy S22 Ultra Model Exynos Alami Isu Paparan, Kemas Kini Akan Diberi Secepat Mungkin

Posted on Februari 24, 2022

Baru beberapa hari selepas dilancarkan, beberapa pengguna Samsung Galaxy S22 Ultra melaporkan yang mereka menghadapi masalah pada paparannya seperti garisan dan berkelip (flickering).

Namun, tidak bukan semua model, ia dikatakan hanya terhad buat model yang dijana cip Exynos sahaja. Bermakna, pengguna di Malaysia tidak perlu risau.

If you have an Exynos #GalaxyS22Ultra pls check if your device is affected by this bug, too.
(Notice the graphic glitches/artifacts on lock screen clock.)
Seems to be a widespread issue now.
Reproduce steps in comments. pic.twitter.com/gjznCHTTX2

— Golden Reviewer (@Golden_Reviewer) February 22, 2022

Samsung mengakui masalah tersebut dan mereka mengatakan ia mungkin berpunca apabila pengguna menetapkan resolusi WQHD atau mod skrin ke mod natural.

Oleh yang demikian, Samsung bakal melepaskan kemas kini bagi menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

Buat masa ini, mereka menyarankan agar mana-mana pengguna yang terkesan untuk membuat tetapan mod skrin ke Vivid atau resolusi FHD+ sementara menunggu kemas kini tiba.

Sumber: reddit

Baca juga:

  • Tiada Lagi TAC Melalui SMS, Maybank Hanya Sokong Secure2U Untuk Pemindahan Wang

  • Nak Untung Lebih, TikTok Mungkin Bagi Kongsi Video Sampai 10 Minit

  • U Mobile Hadir Dengan Pelan 5G Prabayar Baharu Serendah RM20 Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress