Awal tahun ini Samsung ada memperkenalkan telefon pintar mampu milik siri A yang memfokuskan kepada kapisiti bateri besar.

Terbaru, Samsung telah memperlihatkan model abang kepada Galaxy A02s iaitu Galaxy A03s yang tampil dengan beberapa perubahan ciri dan rekaan.

Baca juga – Samsung A12 Dan A02s Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia Bermula RM529

Walaupun rekaan telefon bajet terbaru ini seakan model sebelumnya, Galaxy A03s mempunyai imbasan cap jari di sisi telefon. Selain itu, ia juga hadir dengan port USB jenis C yang menggantikan port USB mikro sebelum ini.

Menurut spesifikasi yang dikongsi, telefon ini dilengkapi paparan berukuran 6.5-inci beserta takuk berbentuk V untuk kamera hadapan (swafoto) beresolusi 5MP.

Selain itu, ia juga mempunyai kamera utama 13MP, serta dua lagi kamera 2MP yang mungkin untuk tangkapan makro dan depth.

Baca juga – Samsung Perkenal Dua Galaxy Tab Baharu

Namun begitu, spesifikasi lain seperti cip pemprosesan, kapasiti bateri, dan harga telefon ini masih belum dikongsikan. Harapnya maklumat ini dapat dikongsi kelak untuk tentukan sama ada telefon ini berbaloi untuk dimiliki.

Sumber: sammobile