Pada 15 Disember yang lepas, NASA telah menerima transmisi yang terakhir daripada pendarat InSight Mars.
Selepas dua kali percubaan yang gagal untuk menghubungi semula, NASA secara rasminya menamatkan misi InSight Mars.
{suggest}
NASA menyatakan bahawa ini merupakan keputusan yang agak berat untuk mereka lakukan selepas kegagalan komunikasi sejak awal tahun ini.
Tetapi, mereka akan teruskan mendengar isyarat untuk bersedia jika terdapat transmisi yang baharu daripada robot tersebut. Namun, ia mungkin mustahil untuk menerima pada ketika ini.
Baru-baru ini, pendarat InSight Mars teah menghantar gambarnya yang terakhir beserta mesej yang menyedihkan untuk semua pembaca.
My power’s really low, so this may be the last image I can send. Don’t worry about me though: my time here has been both productive and serene. If I can keep talking to my mission team, I will – but I’ll be signing off here soon. Thanks for staying with me. pic.twitter.com/wkYKww15kQ
— NASA InSight (@NASAInSight) December 19, 2022
Sepanjang empat tahun perkhidmatannya di sebuah planet yang asing, InSight Mars telah mengumpul maklumat berguna mengenainya.
Saintis NASA dapat menyimpulkan bahawa teras Marikh mempunyai saiz lebih separuh daripada bumi.
InSight juga telah menghantar laporan cuaca harian kepada manusia dan buat pertama kalinya kita dapat mendengar “bunyi daripada Red Planet“.
Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah tanda selamat tinggal untuk InSight Mars, namun legasinya akan terus hidup dan menginspirasikan.
Sumber: Engadget
Gambar Utama: Engadget