Berita mengenai penggabungan dua penyedia perkhidmatan iaitu Celcom dan Digi telah lama disahkan sejak tahun lalu dengan kenyataan daripada kumpulan syarikat masing-masing.
Terbaru, Axiata mengatakan penggabungan dua syarikat tersebut dijangka selesai pada separuh kedua 2022, yakni antara Julai hingga Disember tahun ini.
Transaksi tersebut bagaimanapun masih bergantung pada kelulusan kedua-dua syarikat serta pemegang saham Digi, kelulusan kawal dan syarat serta terma lain.
Penyatuan Celcom dan Digi kelak akan membentuk sebuah entiti baharu yang buat waktu ini disebut sebagai MergeCo (mungkin Celcom Digi Berhad kelak) dan menurut laporan, MergeCo telah memulakan libat urus dengan SKMM sejak November lalu.
Dalam pada itu, Digi juga telah menyerahkan permohonan gabungannya dengan Celcom pada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada Januari 2022.
Sumber: BERNAMA
Baca juga: