Beberapa hari yang lalu, G-Shock Harimau Malaya dijual secara rasmi melalui semua cawangan G-Shock Stores dan G-Factory stores.

Baca juga – Sebab-Sebab Anda Perlu Memiliki Jam Tangan G-Shock

Malah, pada jam 12 tengah malam tadi juga adalah waktu terakhir bagi peminat jam tangan ini untuk memilikinya.

Namun, seperti biasa, setiap produk edisi terhad amatlah susah untuk dibeli dan secara rasminya, jam tangan tersebut sudah habis dijual di seluruh negara.

Baca juga – Ini Adalah Jam Tangan G-Shock Pertama Dengan Wear OS

Buat pengetahuan, jam tangan ini bukan sahaja hadir dengan kemasan Harimau Malaya serta logo tetapi juga mempunyai nombor siri unik daripada 002 hingga 999.

Maka tidak hairanlah terdapat individu yang mengambil kesempatan dengan menjualnya pada harga yang sangat melampau hingga mencecah RM2299 walaupun harga rasmi hanyalah RM579.00.

Bagi anda yang merupakan peminat G-Shock atau pasukan kebangsaan, adakah anda sempat memiliki jam tangan edisi terhad ini? Sekiranya ya, anda adalah individu yang bertuah.

Pun begitu, jangan bersedih kerana bagi yang baru sahaja menebus kredit eBelia hari ini, anda bakal menerima baucar RM50 dengan setiap pembelian minimum RM200.

Baca juga – Cara Tebus RM150 eBelia Dengan ShopeePay

Sumber: Facebook Casio G-Shock

Foto utama: Facebook FAM

Beli Jam Tangan G-Shock di:
Shopee - https://invol.co/cl48v2j
Lazada - https://invol.co/cl48v37