Casio kini telah membuka dua buah kaunter jam tangan yang bertempat di Isetan Japan Store, Lot10, beberapa minggu selepas melancarkan jam tangan siri G-Shock, Gulfmaster, Mudmaster, dan Gravitymaster.
Dua buah kaunter tersebut terletak di tingkat bawah dan tingkat satu pusat beli-belah tersebut. Terdapat pelbagai siri model jam tangan yang boleh didapati di kaunter tersebut seperti G-Shock, Baby-G, Protrek, Sheen, Edifice, dan Oceanus yang dijual dari RM334 sehingga ada yang mencecah RM27,000.
Lebih menarik adalah, anda boleh membeli jam tangan edisi terhad di kaunter Casio ini termasuk model siri MR-G dan MT-G. Antara model yang boleh didapati kaunter tersebut adalah, GAX-100X-4A ‘The Milestones Timepiece’, MRG-G1000HT 20th Anniversary Limited Edition Hammer Tone‘, MTG-G1000RG, dan juga MTG-G1000RB.
Menurut laman hardwarezone.com, siri MR-G sudah habis dijual pada hari ini (5/12/2016).
Sumber: Hardwarezone Malaysia