Selepas menyembunyikan kiraan Likes pada tahun 2019, Instagram sekali lagi ingin membuat perubahan pada ciri tersebut.
Dalam cubaan global semalam, Instagram cuba memberi sebahagian kecil pengguna pilihan untuk lihat atau tidak kiraan likes kiriman pengguna lain.
Selain itu, cubaan itu juga membenarkan pilihan untuk buka atau tutup kiraan Likes pada kiriman mereka sendiri.
Mereka juga boleh mengawal atau menutup terus ciri Likes mengikut kiriman seperti yang sedia ada pada bahagian Comment.
Namun, menerusi maklum balas diterima tidak semua setuju terutama influencers yang membuat duit melalui platform tersebut. Kebanyakannya bimbang akan kekurangan data metrik ‘like’ yang melambangkan populariti.
Menurut ketua aplikasi tersebut, Adam Mosseri berharap ciri ini boleh mengurangkan tekanan sosial akibat kiraan Likes yang sikit atau banyak. Ini kerana mereka ingin pengguna untuk nilai dan fokus kepada gambar atau video yang dikongsikan.
An update on like counts.
Last year we started hiding like counts for a small group of people to see if it lessens some pressure when posting to Instagram. Some found this helpful and some still wanted to see like counts, in particular to track what’s popular.
— Adam Mosseri 😷 (@mosseri) April 14, 2021
Jadi, mereka memberi pilihan yang membenarkan pengguna memilih apa yang sesuai dan apa yang terbaik untuk mereka.
Patutkah ciri Likes disembunyi? Kongsikan pendapat anda.
Sumber: techradar