Salah satu perkara yang berbahaya di Malaysia adalah tentera bawang. Baru-baru ini di sukan Olimpik Tokyo 2020, pelumba basikal dari Great Britain Jack Carlin dipenuhi dengan tentera bawang Malaysia yang menghamburkan kata-kata kesat dan kecaman terhadapnya apabila Muhammad Shah Firdaus Sahrom ‘kemalangan’.

Oleh yang demikian, Instagram kini mengumumkan fungsi baharu bagi mengatasi masalah seperti itu.

Pertama sekali, mereka memperkenalkan fungsi Limits. Pengguna boleh mengaktifkannya dan secara tidak langsung boleh sembunyikan komen atau permintaan DM dari individu yang tidak ‘follow’ atau baru ‘follow’ anda.

Perkongsian dari reddit

Seterusnya, Instagram turut memberi amaran apabila terdapat individu cuba menghantar komen yang dianggap satu kecaman. Sekiranya ada yang menghantar komen negatif, ia automatik disembunyikan. Namun, tidak pasti sama ada bahasa kesat bahasa Melayu dikira atau tidak.

Akhir sekali, pengguna boleh menapis perkataan, frasa atau emoji yang berbaur kecaman di ruangan DM. Terdahulu, ia sudah pun diuji dan kini secara rasminya diberikan kepada pengguna global.

Dengan ini, Instagram berharap agar masalah buli siber dapat dikurangkan di platform mereka.

Sumber: Facebook

Baca juga: