Superkomputer yang dibangunkan oleh Fujitsu dan Institut Penyelidikan Kebangsaan Jepun, Riken yang dikenali sebagai Fugaku telah mengekalkan statusnya sebagai superkomputer yang terpantas di dunia.

Ia sekaligus menewaskan superkomputer yang dibangunkan firma China dan Amerika.

Kuasa teras pemprosesan Fugaku adalah sebanyak 7,630,848 membolehkan ia memperoleh skor tanda aras HPL (High-Performance Linpack) tertinggi iaitu sebanyak 442 Pflop/s menerusi cip pemprosesannya iaitu ARM A64FX.

Malah kuasa pemprosesan Fugaku adalah 3 kali lebih tinggi daripada superkomputer yang berada di tangga kedua iaitu Summit.

Summit yang merupakan superkomputer yang dibangunkan oleh IBM hanya memperoleh skor tanda aras HPL sebanyak 148.8 Pflop/s.

Walaubagaimanapun, Summit kekal sebagai superkomputer terpantas di Amerika ketika ini.

Sementara di tangga ketiga juga turut menjadi milik superkomputer dari Amerika iaitu Sierra.

Manakala di tangga keempat pula menjadi milik superkomputer dari China iaitu Sunway TaihuLight yang dibangunkan oleh National Research Center of Parallel Computer Engineering & Technology (NRCPC).

Sunway TaihuLight yang dipasang di Pusat Kebangsaan Superkomputer yang terletak di Wuxi, Jiangsu memperoleh skor tanda aras HPL sebanyak 93 Pflop/s.

Berikut adalah senarai 10 superkompter terpantas bagi tahun 2021 menrut Top 500:-

 

Sumber: Top 500

Baca juga: Ini Adalah Senarai 10 Super Komputer Terpantas Di Dunia Ketika Ini Menurut Top500