Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan A.S (FTC) dilaporkan telah memfailkan semula penentangan mereka terhadap Facebook dengan meminta gergasi media sosial itu untuk melepaskan penguasaan mereka terhadap 2 lagi platfom media sosial yang dimilikinya iaitu Instagram dan WhatsApp.

Pemfailan semula dibuat oleh suruhanjaya itu ekoran mempertikaikan monopoli Facebook terhadap rangkaian media sosialnya di A.S serta kesukaran syarikat lain untuk bersaing dengannya.

Sehubungan itu, FTC mahu supaya Facebook menjual perniagaan mereka termasuklah Instagram dan WhatsApp bagi memastikan persaingan yang adil untuk syarikat-syarikat media sosial lain di A.S bersaing.

Malah FTC dalam pemfailan itu juga mahu Facebook disekat daripada membuat pembelian ke atas syarikat lain dan Facebook perlumematuhi undang-undang ketat yang memerlukan mereka memohon terlebih dahulu jika mahu membuat pembelian ke atas syarikat lain pada masa akan datang.

Sumber: Independet