Free Fire 4nniversary merupakan sambutan ulang tahun keempat permainan Garena Free Fire pada bulan ini. Bersempena dengannya, pemain boleh menikmati beberapa acara yang menarik.

Pertama sekali, terdapat Free Fire Training Ground yang menawarkan kandungan eksklusif seperti mini game dan menikmati muzik bermula hari ini sehingga 6 September 2021.

Tambahan lagi, pemain boleh membuat misi bertemakan ulang tahun ini mulai 20 Ogos hingga 5 September di mana pemain bakal menerima banyak item menarik yang boleh ditebus. Malah, aktiviti sempena kemerdekaan juga boleh dilakukan bersama rakan-rakan.

Acara kemuncak Free Fire 4nniversary ini adalah pada 28 Ogos yang mana menawarkan mod baharu Clash Squad Cup, menerima Magic Cube Fragments, mendapatkan emote Crazy Guitar dan dapatkan watak Thiva secara percuma ketika log masuk.

Oleh itu, bagi anda peminat permainan ini, jangan lepaskan peluang untuk menyambut ulang tahun Free Fire bersama-sama.

Sumber: Siaran Akhbar Free Fire

Baca juga: