Pertandingan Free Fire MCP Majors musim kedua kini rasmi diumumkan dimana pemain-pemain dari Malaysia, Kemboja dan Filipina (MCP) akan bersaing merebut hadiah terkumpul USD50,000 (~RM210 ribu) bermula 8 Ogos 2021.

Pertandingan ini terbuka untuk mana-mana pemain berumur 16 tahun ke atas dengan akaun Lvl 20 serta Gold Rank. Pusingan kelayakan pula bermula 10 hingga 12 Ogos ini dimana 24 pasukan akan berentap bagi melayakkan diri ke peringkat liga.

Dalam pada itu, Free Fire juga akan mengadakan virtual Launch Party bersempena kehadiran Free Fire MCP musim kedua ini yang mana menampilkan beberapa pemain profesional dari Geek FAM, SEM9 dan banyak lagi pada esok, 7 Ogos jam 8 malam menerusi saluran Free Fire Malaysia.

Sumber: Siaran Akhbar Free Fire

Baca juga artikel berkaitan: