Semalam Free Fire telah mengumumkan barisan pemain dan ‘influencer’ terkenal yang akan menyertai acara Free Fire All Stars 2021.

Acara yang diadakan di rantau Amerika, Eropah dan Asia ini akan berlangsung secara dalam talian diantara bulan Julai dan Ogos.

Untuk acara di rantau Asia, ia akan menampilkan streamer dari Filipina, Kemboja, dan empat dari Malaysia – Ashedz, SpiderGunz, Obiyek, Obvy.

Perlawanan yang bakal bermula dari 23-25 Julai ini akan menyajikan hadiah US$10,000 kepada setiap juara mod Bomb Squad, Clash Squad, dan Battle Royale.

Free Fire All Stars membawa pemain komuniti, dan streamer seluruh dunia untuk bertanding dengan pemain profesional didalam acara yang santai.

Sama-sama kita nantikan perlawanan antara pemain profesional dan pencipta kandungan di dalam acara ini. Untuk maklumat lanjut terkini, layari Facebook dan Instagram Free Fire.

Sumber: siaran akhbar Free Fire Malaysia

Baca juga – Dota 2 – The International 10 Sah Bakal Dianjurkan Di Bucharest

Baca juga – “Mid-Year Sale” MSI Tawar Monitor Dan Kerusi Gaming Sebagai Hadiah