Pengasas bersama Apple, Steve Jobs pertama kali memperkenalkan iPhone kepada umum adalah pada tahun 2007. Baru-baru ini, bekas jurutera Apple Bob Burrough telah berkongsikan empat foto lama dari tahun 2007.

Menerusi imej tersebut, ia memperlihatkan barisan pengeluaran untuk model iPhone yang pertama dan mendedahkan bagaimana pembuatan iPhone pada ketika itu.

Foto-foto tersebut menunjukkan beberapa kerja yang dilakukan untuk tahap pemasangan terakhir bagi iPhone pertama. Berbanding pemasangan sebenar, gambar yang dikongsi menunjukkan ujian jaminan kualiti sedang dilakukan, di mana iPhone disambungkan dengan wayar dan diletakkan pada rak ujian.

iPhone 2007

Dari sisi lain pula memperlihatkan beberapa pekerja menyambungkan iPhone untuk membuat ujian peralatan bagi pemeriksaan akhir. Kesemua gambar itu dikatakan diambil di dalam kilang Foxconn.

Mengimbas kembali, Steve Jobs memperkenalkan iPhone pada Januari 2007 dan melancarkan pada Jun. Kemungkinan waktu musim bunga yang dinyatakan menunjukkan Foxconn pada masa itu hampir memulakan pengeluaran sepenuhnya atau telah pun memulakannya.

Ini kerana, Apple ketika itu tidak mempunyai tahap kawalan rantaian pembekal yang sama seperti yang ada sekarang dan menjadikan pemasangan serta pengeluaran iPhone mengambil masa yang lama.

Sumber: Apple Insider