Pada awal hari ini, Xiaomi telah menawarkan kemas kini firmware terbaru bagi peranti fon telinga TWS mereka iaitu FlipBuds Pro.

Lebih menarik adalah menerusi kemas kini firmware versi 7.6.2.9 itu, ia menjadikan Xiaomi FlipBuds Pro sebagai fon telinga TWS pertama di dunia yang menyokong teknologi bunyi dari Qualcomm Snapdragon.

Kemas kini tersebut memberikan naik taraf kualiti audio terhadap 3 ciri utama FlipBuds Pro iaitu transmisi audio berdefinisi tinggi dari 48kHz sehingga 96kHz, keupayaan audio panggilan lebih jelas menerusi 16kHz to 32kHz dan tawaran ultra latensi rendah hanya 89ms sahaja.

Penambahbaikan ciri-ciri itu sekaligus menjadikan FlipBuds Pro lebih sesuai digunakan ketika bermain permainan di telefon pintar.

Sumber: GizmoChina

Baca juga: Fon Telinga TWS Terbaru Xiaomi Diperkenal 13 Mei Ini