Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Firma Tukaran Kripto, FTX Disahkan Muflis, Terlibat Skandal Penipuan Kripto Terbesar

Posted on Disember 16, 2022Disember 16, 2022

FTX adalah sebuah firma tukaran yang diasaskan Sam Bankman-Fried (SBF) dan beliau digelar sebagai ‘Dewa’ dalam industri ini. Di kemuncak, beliau memiliki kekayaan melebihi 100 bilion ringgit Malaysia.

Sam Bankman-Fried

Walau bagaimanapun, SBF telah ditahan di Bahamas berikutan status pertukaran matawang kriptonya, FTX diisytiharkan muflis pada awal minggu ini.

SBF juga akan didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram, penipuan transaksi berwayar dan penipuan sekuriti.

Bagaimana Isu Ini Bermula?

Secara ringkasnya, SBF mempunyai 2 syarikat di bawahnya – FTX dan juga Alameda. FTX seperti yang kita tahu adalah sebuah platform perdagangan kripto.

Pelanggan akan mendepositkan atau meletakkan wang mereka di sana untuk melakukan pelaburan kripto dan lain-lain. Manakala, Alameda pula adalah sebuah dana terhad (hedge fund) atau sebuah syarikat pelaburan.

Alameda akan melabur dalam saham, kripto dan banyak lagi. Mereka berharap pelaburan tersebut akan membuahkan hasil pada masa akan datang.

Alameda Didakwa Menjadi Puncanya

Will the Crypto Crash Beget a Better Crypto Future? | Time

Walau bagaimanapun, pelaburan Alameda yang kebanyakannya pada kripto telah telah mencatatkan kerugian. Hal ini demikian kerana kesemua nilai kripto tersebut telah jatuh menjunam.

Alameda Diberi Pinjam Deposit Pelabur Di FTX

Mengikut sumber, FTX telah memberikan pinjaman daripada dana deposit pelabur di platform mereka untuk menutup kerugian yang dialami Alameda sebelum ini.

Walaupun begitu, FTX didakwa melakukan keputusan tersebut tanpa memaklumkan pelanggan dan pelabur mereka terlebih dahulu.

Sepandai-Pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah Juga

Tindakan pinjaman tersebut tidak disedari hinggalah pesaing dan pelabur FTX, Binance sedar akan perkara tersebut. Binance telah mencairkan dan menjual saham pelaburan mereka di FTX yang bernilai bilion ringgit hanya dalam satu hari sahaja.

As part of Binance’s exit from FTX equity last year, Binance received roughly $2.1 billion USD equivalent in cash (BUSD and FTT). Due to recent revelations that have came to light, we have decided to liquidate any remaining FTT on our books. 1/4

— CZ 🔶 Binance (@cz_binance) November 6, 2022

Menariknya lagi, Binance telah membuat ciapan berkenaan tindakan mereka itu dan sekaligus mendedahkan hal sebenar kepada orang ramai.

Ramai Pelabur Melakukan Pengeluaran Mengejut

Justeru, ramai pelabur bertindak untuk melakukan pengeluaran atau mencairkan deposit mereka pada masa yang sama sebelum kesempatan itu tertutup.

Did FTX commit fraud? If so, was it from the start? - Ledger Insights - blockchain for enterprise

Tetapi apa yang berlaku adalah duit yang ingin mereka keluarkan itu telah tiada kerana sudah dipinjamkan secara sembunyi kepada Alameda.

Erti kata lain, duit mereka wujud hanya dalam cetakan digital akaun mereka sahaja tetapi tidak boleh dikeluarkan.

Sam Bankman-Fried Mengaku Silap Beliau Sendiri

Mengikut sumber, SBF telah menghilangkan puluhan bilion dollar duit pelabur untuk menutup kerugian yang dialami oleh syarikat beliau yang lagi satu, Alameda.

1) I'm sorry. That's the biggest thing.

I fucked up, and should have done better.

— SBF (@SBF_FTX) November 10, 2022

SBF hanya menebus kesilapan beliau melalui permohonan maaf dan pengakuan kesalahan beliau melalui ciapan Twitter di atas sahaja. Ketika ini, firma tukaran kripto FTX telah pun diisytiharkan muflis.

{suggest}

Sumber: The Guardian

Gambar utama: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress