FireEye merupakan salah satu syarikat sekuriti siber terbesar di dunia. Kini mereka telah mengumumkan bahawa syarikat mereka yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah digodam dan peralatan perisian godam turut dicuri.

Dikatakan FireEye sendiri tidak pasti bilakah godaman itu berlaku secara spesifiknya, namun syarikat tersebut telah mula menetapkan semula kesemua kata laluan pengguna sejak 2 minggu lalu.

Buat masa ini, tiada bukti bahawa peralatan godam yang telah dicuri telah digunakan ataupun data klien turut dicuri, namun siasatan masih diteruskan untuk melihat kemungkinan itu.

Ura-ura mengatakan Russia antara suspek utama dalam senarai penggodam disebabkan butiran dan kaedah godaman adalah dari negara tersebut.

FireEye merupakan antara syarikat yang menghasilkan solusi untuk pelbagai aspek sekuriti siber seperti perkakas, perisian, perkhidmatan, dan juga analisis terhadap risiko sekuriti IT.

Sumber: Reuters