Konsep “gaming bed” untuk peminat tegar permainan video.
Sebuah firma Jepun bernama Bauhutte telah menghasilkan rekaan konsep “gaming bed” iaitu katil yang lengkap dengan aksesori dan peralatan khusus untuk bermain permainan video.
Konsep “gaming bed” ini dianggarkan berharga sekitar USD1,200, tidak termasuk harga katil dan tilam.
Konsep yang dibangunkan ini bertujuan bagi memudahkan pemain tegar permainan video tidak perlu bangun atau beralih dari tempat tidur mereka. Sebaliknya terus sahaja main dari katil mereka.
Atau ia juga mungkin sesuai bagi mereka yang melakukan kerja-kerja pejabat dari rumah (WFH).
Buat masa ini, perkakasan dan aksesori “gaming bed” ini hanya sekadar konsep sahaja. Tetapi sebahagian aksesori sudah ada dijual oleh Bauhatte.
Sumber: Business Insider