Semalam OPPO baru sahaja melancarkan Find X3 Pro yang mana harganya mengejutkan ramai pihak.

Namun begitu, OPPO turut memperkenalkan model lebih mampu miliknya dalam siri terbaharu ini. Dua model tersebut adalah Find X3 Neo dan Find X3 Lite.

Find X3 Neo

Telefon ini tampil dengan skrin AMOLED 6.55 inci beserta kadar penyegaran 90Hz beresolusi FHD+. Dijana cip Snapdragon 865 dan dipadan 12GB RAM serta storan 256GB.

Ia juga dilengkapi kuad-kamera dimana hadir dengan sensor sama iaitu Sony IMX 766 50MP untuk kamera utama bersama OIS. Turut diganding 16MP ultra-lebar, 13MP telefoto dan 2MP makro. Untuk kamera hadapan, ia mempunyai 32MP.

Kapasiti bateri dimuatkan 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W dan menjalankan sistem operasi ColorOS 11.1.

Ditawarkan dengan dua pilihan warna, Starlight Black dan Galactic Silver serta dijual pada harga €799 (~RM3935).

Find X3 Lite

Find X3 Lite bukanlah sebuah telefon yang baharu kerana ia hanya dijenamakan semula dari OPPO Reno5.

Bermakna, ia dikuasakan cip Snapdragon 765G, 8GB RAM, 128GB storan dan bateri 4300mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Dilengkapi paparan OLED 6.4 inci FHD+ serta kadar penyegaran 90Hz. Bahagian belakang, tampil sistem kuad-kamera dimana 64MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan depth. Sementara kamera hadapan 32MP.

Tambahan lagi, Find X3 Lite adalah satu-satunya model yang mempunyai bicu audio dalam siri ini. Harga jualan adalah pada €499 (~RM2457).

Buat masa sekarang, belum ada lagi khabar berita sama ada ia akan ditawarkan buat pasaran tempatan atau tidak.

Sumber: 91mobile

 

Beli Produk OPPO di Shopee:
https://invol.co/cl2yqa8

Beli Produk OPPO di Lazada:
https://invol.co/cl2yqay