Hollywood akhirnya semakin hampir mencapai kesaksamaan dalam pembikinan filem. Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak filem telah didominasi, ditulis, dan diarahkan oleh kaum wanita.
Tentu saja masih banyak yang perlu diperbaiki namun ada satu genre filem di mana wanita telah banyak mendominasi selama beberapa dekad iaitu filem aksi. Malah, ada beberapa aksi paling hebat, secara kritikal dan komersial, dipimpin oleh wanita.
Sekiranya anda mencari filem aksi hebat yang didominasi oleh pelakon wanita sebagai watak utama, berikut adalah lima filem kegemaran ramai sepanjang masa:
1. Atomic Blonde
Barisan Pelakon: Charlize Theron, Sofia Boutella, James McAvoy, John Goodman Pengarah: David Leitch Tonton di sini: Netflix - Atomic Blonde
Charlize Theron memainkan watak Lorraine Broughton, seorang perisik paling elit di MI6, ejen yang bersedia menggunakan semua kemahirannya untuk terus hidup semasa menjalankan misi-misi yang hampir mustahil. Anda pasti tidak akan dapat mengalihkan pandangan dari Charlize sewaktu menonton filem ini disebabkan adegan-adegan lakonan beliau yang sangat cemerlang.
2. Annihilation
Barisan Pelakon: Natalie Portman, Gina Rodriguez, Jennifer Jason Leigh, Tessa Thompson Pengarah: Alex Garland Tonton di sini: Netflix - Annihilation
Filem ini bukan sahaja didominasi oleh Natalie Portman malah juga dibintangi oleh barisan pelakon wanita popular lain seperti Gina Rodriguez, Jennifer Jason Leigh, dan Tessa Thompson. Mereka adalah sepasukan saintis dan anggota tentera yang dihantar untuk menyiasat makhluk asing yang digelar The Shimmer. Jika anda mencari filem aksi sci-fi yang lain daripada lain, anda digalakkan untuk menonton filem hebat ini.
3. V for Vendetta
Barisan Pelakon: Natalie Portman, Hugo Weaving, John Hurt, Stephen Fry Pengarah: James McTeigue Tonton di sini: Netflix - V for Vendetta
Sesuai dengan tema artikel ini, filem ini telah ditulis bersama dan diterbit oleh tiga orang beradik perempuan, membuktikan kehebatan golongan wanita sendiri. Filem aksi yang sekali lagi dibintangi oleh Natalie Portman ini mengisahkan tentang kota London yang dipimpin oleh kerajaan fasis. Seorang pemuda yang hanya dikenali sebagai V (Hugo Weaving) menggunakan taktik pengganas untuk melawan penindas dunia yang beliau menetap sekarang.
4. The Hunger Games
Barisan Pelakon: Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson Pengarah: Francis Lawrence, Gary Ross Tonton di sini: Netflix - The Hunger Games
Pemenang Oscar, Jennifer Lawrence, pertama kali berinteraksi dengan khalayak ramai melalui lakonannya sebagai Katniss Everdeen. Keseluruhan trilogi Hunger Games menjadi hit dan kegemaran ramai. Jennifer Lawrence berjaya membawa filem ini dengan penuh karisma dalam penceritaan kehidupan seorang anak perempuan yang berani dalam menempuh cabaran untuk bertahan hidup.
5. Edge of Tomorrow
Barisan Pelakon: Emily Blunt, Tom Cruise, Bill Paxton, Brendan Gleeson Pengarah: Doug Liman Tonton di sini: Netflix - Edge of Tomorrow
Jika anda sangka Tom Cruise adalah bintang kepada filem ini, anda pasti belum betul-betul menontonnya kerana bintang sebenar dalam filem ini adalah Emily Blunt. Emily Blunt melakonkan watak yang sangat berani dan bersedia untuk apa sahaja misi yang sukar. Interaksi dan kerjasama antara dua pelakon hebat ini juga dilakonkan dengan sangat sempurna yang pasti akan membuat anda tidak lepas pandangan sewaktu menonton filem ini.
Sumber: Upworthy & Marie Claire