Beberapa minggu yang lepas, EA telah mengesahkan permainan FIFA 21 akan hadir buat PlayStation 5 dan Xbox Series X/S pada 4 Disember ini.
Terbaru, EA telah berkongsi tangkapan skrin FIFA 21 versi konsol generasi terkini.
ππππ‘ ππππ© πππ«ππ‘ when #FIFA21 arrives on PS5 & Xbox Series X|S on December 4th. Buy now, and upgrade for free: https://t.co/lK3Fzbciqj pic.twitter.com/ibbeTzplLM
— EA SPORTS FIFA (@EASPORTSFIFA) November 10, 2020
Versi pada konsol baharu ini akan mendapat prestasi yang lebih baik berbanding konsol terdahulu.
Buat anda yang sudah miliki permainan ini, naik taraf secara percuma jika anda membeli Xbox Series XΒ atau PS5 nanti.
Hasil tangkapan skrin yang dikongsikan amat cantik akan tetapi sudah pasti ramai yang inginkan contoh permainan FIFA 21 pada konsol generasi baharu ini.
Bagi yang masih belum miliki permainan ini, ia sudah tersedia buat PS4, Xbox One dan juga PC.
Sumber: EA