Syarikat teknologi kewangan fintech Fave kini melancarkan servis FavePay Later kepada pengguna di Malaysia dan Singapura.

Secara asasnya ia menawarkan servis “Beli Sekarang Bayar Kemudian” dengan lebih fleksibel, tanpa faedah, serta peluang menikmati pulangan tunai 10%.

Pengguna yang layak boleh membahagikan pembelian kepada tiga bayaran ansuran tanpa faedah jika dibayar menepati waktu setiap pada bulan.

Selain menawarkan pengguna dengan pilihan bayaran fleksibel, mudah, dan tawaran ganjaran, ia juga dikatakan boleh membantu peniaga memulihkan jualan dalam musim PKP.

Peniaga yang bekerjasama dengan servis ini ditawarkan pembayaran tanpa tunai, program kesetiaan, serta akses data tabiat pengguna dan maklumat lain.

Jika berminat, aplikasi Fave sudah boleh didapati di semua pengguna iOS sekarang manakala pengguna Android bermula Julai 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai FavePay Later, layari https://lp.myfave.com/favepay-later-my.

Sumber: siaran akhbar Fave

Baca juga- MYDIN Lancar MyVaksin, Daftar Vaksin Covid-19 Dapat Ganjaran

Baca juga – Shopee Nak Lancar ShopeeFood, Servis Penghantaran Makanan Terbaru