Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil pada petang tadi telah mengumumkan pelbagai berita baru berkenaan pelaksanaan jaringan 5G di Malaysia.
Petang tadi, saya telah mengumumkan hala tuju baharu 5G.
5G akan beralih kepada model dwirangkaian dan sekaligus menamatkan unsur monopoli.
Namun, sasaran 80% liputan 5G tetap diteruskan menjelang penghujung 2023. pic.twitter.com/6Uh2wIlC1c
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) May 3, 2023
Berdasarkan perkongsian Twitter beliau di atas, terdapat beberapa kesimpulan akan pengumuman beliau pada petang tadi.
Pertama sekali, rangkaian 5G di Malaysia yang sebelum ini dimonopoli oleh Digital Nasional Berhad akan ditamatkan melalui peralihan ke arah model dwirangkaian.
Walau bagaimanapun, keputusan kementerian untuk beralih kepada model dwirangkaian tidak menjejaskan sasaran asal untuk mencapai 80% liputan jaringan 5G menjelang hujung 2023.
{suggest}
Namun, kita boleh menjangkakan pendekatan ini akan membawa satu perubahan yang drastik dalam pelaksanaan jaringan 5G dinegara ini berbanding ketika monopoli DNB.
Sumber: Twitter