Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Terlajak mesej dekat Messenger, unsend message lah jawabnya.
Ramai dalam kalangan kita mungkin menyesali perbuatan menghantar mesej tanpa menggunakan otak dan akibatnya, si penerima berasa marah, sedih, hiba dan bermacam-macam lagi.
Tapi setiap perkara ada penawarnya, dimana Facebook dikatakan sedang menguji fungsi menarik balik mesej yang telah dihantar menerusi aplikasi Messenger.
Berdasarkan imej yang dikutip dari Twitter @wongmjane, fungsi terbabit membolehkan anda menarik balik atau memadam mesej yang telah dihantar kepada si penerima.
Facebook Messenger is finally working on “Unsend Message” in the app for everyone!
Tip @Techmeme pic.twitter.com/5OtQrmyID3
— Jane Manchun Wong (@wongmjane) October 12, 2018
Difahamkan, ciri ini hanya boleh digunakan dalam tempoh masa yang terhad. Untuk mengaktifkannya pengguna perlu menekan lama pada mesej, dan paparan arahan akan muncul.
Buat masa sekarang, belum diketahui lagi bilakah penawaran kepada umum akan dibuat.
Sumber: @wongmjane via Android Police