Facebook kini dilaporkan mengubah tetapan untuk Groups dimana ia akan menghalang pertukaran daripada Private kepada Public. Ia dikatakan bertujuan untuk melindungi ahli-ahli didalam grup tersebut daripada pendedahan yang mungkin tidak disengajakan.
Menurut kicauan Twitter oleh Matt Navarra, sebelum ini grup Facebook kurang daripada 5000 ahli boleh menukar tetapan daripada Private kepada Public.
Facebook is changing privacy settings for Groups. Again.
Soon, private groups of any size will no longer be able to switch their privacy setting to public pic.twitter.com/GmIvnUdkOf
— Matt Navarra | 🚨 #StayAtHome (@MattNavarra) May 5, 2020
Namun selepas ini, sebarang grup yang ditetapkan sebagai Private tidak lagi boleh ditukar kepada Public, tanpa mengira jumlah ahli yang berada didalamnya.
Difahamkan lagi, sekiranya ada grup yang menukar tetapan dari Public kepada Private, pentadbir grup mempunyai tempoh 72 jam untuk mengubahnya kembali atau ia akan terus kekal sebagai Private.