Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Facebook Sedang Menguji Ciri Autoplay Video Dengan Bunyi

Posted on Ogos 23, 2016Oktober 23, 2016

Bayangkan anda berada di dalam mesyuarat, menyusur garis masa  Facebook untuk menghabiskan masa, dan secara tiba-tiba video di garis masa itu mengeluarkan bunyi walaupun anda tidak menekannya.

Sudah tentu ia perkara paling tidak diingini berlaku kepada anda.

Namun, gergasi media sosial itu sedang menguji ciri autoplay video beserta bunyi di aplikasinya.

Menurut The Next Web, syarikat itu sedang membuat pengujian kecil ke atas ciri itu yang dijangka bakal menemui pengguna mereka di Australia.

Difahamkan juga, facebook sedang menguji dua opsyen untuk ciri itu : satu, bunyi akan keluar secara automatik. Kedua, bunyi akan keluar apabila pengguna menekan butang unmute di video tersebut.

Opsyen kedua tampak lebih munasabah lebih-lebih lagi jika anda seorang pelajar yang suka menyusur garis masa Facebook dalam kelas.

Namun, Facebook juga difahamkan akan memberikan pengguna opsyen tetapan untuk ciri itu.

Dalam konteks pengguna, fungsi ini mungkin akan membuat pengguna serabut, tapi dalam konteks pengiklan, fungsi ini dilihat sebagai satu cara bagi Facebook membolehkan iklan video-video iklan di garis masa berfungsi dengan lebih adil untuk pengiklan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress