Facebook kini sedang menghadapi masalah berkaitan memaparkan multi-gambar yang dimuat naik.

Berdasarkan laman downdetector, ia dialami oleh pengguna di seluruh dunia dimana jika anda klik pada post yang mempunyai lebih daripada satu gambar, ia akan menjadi kelabu atau tidak dipaparkan langsung.

Pun begitu, kami mendapati hanya aplikasi Facebook sahaja terjejas. Sekiranya anda melayari melalui pelayar di komputer, ia tidak memberikan sebarang kesan.

Selain itu, sejak pagi lagi ia sudah berlaku dan berlarutan hingga sekarang. Oleh itu, mari kita sama-sama tunggu pihak Facebook bagi menyelesaikan masalah ini.