Berikutan syarat baru yang diperketatkan Apple ke atas akses privasi pengguna iPhone, Facebook memaklumkan akan mula memohon terlebih dahulu akses privasi bagi menjejaki aktiviti penggunanya menerusi aplikasi dan laman sesawang yang dilawati.

Facebook menerusi jurucakapnya memaklumkan, paparan permintaan bagi menjejak aktiviti pengguna Facebook di peranti iPhone akan bermula hari ini secara berperingkat di seluruh dunia.

We’ll start rolling out the prompt to iOS 14.5 users today, but we will roll out the prompt over the course of a few weeks, so not all eligible users will see the prompt right away,” Jurucakap Facebook.

Paparan kebenaran Facebook untuk mengakses privasi pengguna di peranti iPhone.

Dalam kemas kini iOS 14.5 yang dilepaskan Apple beberapa hari lalu telah menawarkan tetapan privasi kepada pengguna iPhone untuk membolehkan mereka tidak membenarkan aplikasi di dalam iPhone menjejak aktiviti mereka.

Facebook memang tidak lekang dengan skandal manipulasi privasi penggunanya yang memang diketahui umum di mana gergasi media sosial itu menggunakan data penggunanya bagi menjana keuntungan menerusi paparan iklan.

Facebook dilaporkan kini memiliki lebih daripada 2.8 bilion pengguna aktif setiap bulan di seluruh dunia.

Sumber: CNET