Facebook telah melancarkan platfom terbaru yang disasarkan kepada pembangun kandungan bebas untuk mereka berkarya.

Platfom tersebut dikenali sebagai Buletin.

Facebook menyatakan bahawa pembangun kandungan bebas sebagai wartawan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat penerbitan atau sebarang platfom.

Menerusi Buletin, pencipta kandungan boleh menjana pendapatan menerusi langganan yang ditawarkan kepada para pembaca mereka.

kredit: Buletin

Setiap pencipta Buletin dapat memilih harga mereka sendiri untuk langganan tersebut.

Tetapi masih terdapat juga sebilangan kandungan Buletin yang boleh diakses secara percuma untuk dinikmati komuniti dan pelanggan mereka.

Buat masa ini, Buletin yang masih dalam peringkat pembangunan hanya dilancarkan di AS sahaja tetapi laman web Buletin akan tersedia di seluruh dunia di mana Facebook akan memasukkan lebih banyak pencipta antarabangsa selepas pelancaran program beta mereka.

Sumber: Facebook