Menjelang perayaan Halloween yang disambut secara tahunan di negara-negara barat, Facebook mengambil kesempatan dengan menambah efek halloween dalam aplikasi kamera mereka.
Efek termasuk dalam format perkataan itu bakal menemui pengguna bermula hari ini hingga 31 Oktober. Efek tersebut juga boleh digunakan dalam video secara langsung bagi menarik pengguna dalam sesi video secara langsung mereka.
Untuk Instagramers pula, Facebook telah menambah satu fungsi terbaru dalam aplikasi kamera mereka iaitu Superzoom. Superzoom ini akan membuatkan gambar lebih dramatik ditambah dengan efek bunyi yang mendebarkan.
Facebook juga tidak lupa untuk menampilkan efek sempena Halloween dengan menambah 5 penapis bertemakan perayaan tersebut. Penapis bersama pelekat Halloween ini akan dapat digunakan bermula pada 1 November ini.