Samsung dan AMD menjalinkan kerjasama untuk mengeluarkan cip baharu nanti yang mungkin dinamakan Exynos 2200. Beberapa bulan yang lalu, terdapat dakwaan mengatakan cip tersebut akan mengalahkan Snapdragon 898.

Terbaru, Exynos 2200 muncul di dalam senarai penanda aras Geekbench v5 dan ia memberikan gambaran awal prestasinya nanti.

Berdasarkannya, prestasi CPU tidak seperti yang didakwa sebelum ini dengan menerima skor 1073 dan 3389 bagi teras tunggal serta multi-teras. Cip itu juga menampilkan satu teras X2 (2.59GHz), tiga teras Cortex-A78 (2.5GHz dan empat teras Cortex-A55 (1.73GHz).

Walaupun prestasi CPU adalah tidak seperti dijangkakan, dikhabarkan ia mungkin disebabkan Samsung mengujinya dalam mod jimat tenaga (power saving) atau mungkin untuk mengekalkan prestasi penggunaan lebih baik.

Tambahan lagi, Exynos 2200 juga tertumpu terhadap prestasi GPU yang mana sebelum ini menunjukkannya sangat cemerlang.

Terdahulu, Snapdragon 898 didakwa memberi peningkatan 20% lebih baik tetapi suhunya sangat panas. Buat pengetahuan, Exynos 2200 dan Snapdragon 898 dikatakan hadir dengan pemproses 4nm dari Samsung.

Apa-apa pun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bagi cip yang belum dilancarkan lagi. Malah, pengalaman penggunaan seharian adalah lebih penting berbanding nombor yang dipaparkan.

Sumber: notebookcheck

Baca juga: