Bila sebut sahaja cip pemproses yang ada pada Android, pasti nama Snapdragon akan muncul. Tahap kualiti yang ada pada Snapdragon membuatkan ramai yang takut untuk menggunakan peranti yang dijana MediaTek mahupun Exynos.

Namun, situasi itu mungkin akan berubah tidak lama lagi. Ini kerana, @TheGalox_ menerusi Twitter beliau mendakwa bahawa Exynos 2200 akan jadi yang pertama menawarkan prestasi CPU dan GPU yang cemerlang dari Samsung.

Malah, baru-baru ini turut didedahkan yang mana prestasi GPU Exynos jauh lebih baik berbanding iPhone 12 Pro Max. Akan tetapi, prestasi CPU masih lagi akan terus didominasi dari Apple.

Pun begitu, buat masa sekarang ini hanyalah spekulasi awal dan tiada sebarang bukti yang kukuh untuk menguatkan dakwaan tersebut.

Sumber: @TheGalox_

Baca juga – Prestasi Snapdragon 895 Didakwa Masih Belum Kalahkan Apple A14 Bionic

Baca juga – Telefon Pintar Ini Dinobatkan Telefon Terbaik Untuk Tahun 2021

Baca juga – Tablet Gaming Android Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi