Pihak legislatif EU sedang dalam usaha untuk melaksanakan sokongan kemas kini standard selama 5 tahun kepada semua pengeluar telefon pintar di pasaran.
Manakala Jerman mempunyai sasaran yang lebih “ekstrem” dengan sokongan kemas kini hingga 7 tahun lamanya.
Usaha ini mungkin akan menyeragamkan telefon-telefon pintar yang lain dengan Google Pixel 6 dalam sokongan kemas kini perisian.
{suggest}
Faktor utama yang menyumbang kepada usaha ini adalah untuk mengurangkan penghasilan e-waste daripada pengguna telefon pintar di Eropah.
Selain itu, kajian terbaru mereka menunjukkan penambahan sokongan kemas kini perisian telefon pintar hingga 5 tahun bersamaan dengan mengurangkan 5 juta kenderaan di atas jalan raya.
Berkemungkinan besar, undang-undang sokongan kemas kini yang baharu ini dapat dilaksanakan selepas EU mula menguatkuasakan port USB-C di Eropah.
Sumber: 9to5google
Gambar utama: androidguys