Selepas Control, minggu ini Epic Games menawarkan dua permainan arked klasik berjudul Sonic Mania dan Horizon Chase Turbo secara percuma.

Sonic Mania merupakan permainan platform 2D yang dilancarkan pada tahun 2017 dengan lebih 12 peringkat permainan untuk diatasi.

Walaupun francais Sonic the Hedgehog sudah dikenali 30 tahun lamanya, permainan ini masih segar dan akan mengimbau semula kenangan lama.

Manakala Horizon Chase Turbo adalah permainan perlumbaan dengan nilai estetik retro pada tahun 80 dan 90an. Selain mempunyai grafik yang cantik, lagu yang digunakan didalam permainan ini juga sangat mengujakan.

Kedua-dua permainan ini sudah boleh ditebus bermula hari ini sehingga 1 Julai di https://www.epicgames.com/store/en-US/free-games.

Sumber: epicgames

Baca juga – 11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Windows 11

Baca juga – Steam Tak Suka Pengguna Guna VPN Untuk Beli Game Murah